Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh a.s
Diposting oleh
chibuu
| Jumat, 03 Agustus 2012 at 17.57
0
komentar
Labels :
Mistery
Sesungguhnya
Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops)
tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam
yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja
piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan
disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat
dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C
dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir
untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan
lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi
buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi
dan ahli nujum Istana.
Kedudukan
ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan
dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah
kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.
Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?
Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang
terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan
bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir
adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah
petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang
menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina
piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius
dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju
dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak
percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya
banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah
teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya
bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur
di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan
kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna
setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali.
Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang
berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini
kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang
pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Nabi
Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang
tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang
wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi
Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri
daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah
membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat
mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).
Misteri
ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang
mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya
kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita
membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti
kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang
Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta
peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang
termaju.
Masih
tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita
boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa
dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga
2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.
Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi
Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir
Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini
anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama
turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu
tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju
ketika Banjir Besar.
Maka
jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah
seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai
pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa
nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi
adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana?
Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika
itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara
terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.
Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.
Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan
pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang
mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering
keluar di media-media antarabangsa.
Mungkin
anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana
anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan
mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan
misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba
tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah
tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera
padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk
CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Dan
yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2
juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi
sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh
menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di
Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The
Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya
mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan
sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka
setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka
bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih
mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula
berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah
mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami
binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan
kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan
Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami
binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah
mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di
waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil
mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan
moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan
komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang
pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan
bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa
kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih
kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam
bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang
diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil
setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera
Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
——————————————————————————————————————–
p/s
: Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro,
bateri Baghdad, cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah
fakta sokongan kepada ‘kemajuan teknologi umat zaman terdahulu‘ dan
tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.
Segala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
Segala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
Apakah
mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami
binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami TEGUHKAN
KEDUDUKAN MEREKA di muka bumi, iaitu KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI
BERIKAN KEPADAMU, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan
Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami
binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah
mereka generasi yang lain. Qs.Al-An’am: 6
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Diberdayakan oleh Blogger.